Isnin, 22 November 2004

Beraya sambil berkhemah di SB


Possing poyo masa si Putri berumur 4 tahun.... masih lagi di suasana Hari Raya AildilFitri 2004... lepas beraya di BBBangi dan Kg Delek Klang...ujung minggu tu kitorang beraya sambil ber'camping' di SB, Behrang, Tanjung Malim.....

seperti biasa... belah malamnya geng 'camping' makan berkumpul makan malam la....


bangsal.... tempat lepak utama di SB

Ahad, 19 September 2004

1st Trip Ke Langkawi...


First time ke Langkawi... kononnya Honey Moon ..... selepas si Putri berumur 4 tahun baru la kitorang ada rezeki nak ber'honey moon' wakakaka... lokasi yang dipilih adalah Pulau Lagenda Langkawi.
14 September 2004
Perjalanan dimulakan pada awal pagi supaya sempat sampai di sana waktu tengah hari. perjalanan dari KL ke Kuala Kedah agak lancar... maklumlah bukan cuti umum atau hujung minggu. cuma kereta kitorang kena saman 'speed trap' di kawasan Tapah... cheh... potong betul la...
sampai di Kuala Kedah agak dah petang. Parking kereta di dewan jab. perikanan. tempat letak kereta itu selesa dan selamat. maklumla parking dalam dewan... tertutup dan ber'security'.
kemudian kami naik feri dari Jeti Kuala Muda ke Jeti Kuah, pulau Langkawi.


Selasa, 10 Ogos 2004

Retreat at SB behrang....


geng camping di SB..... during the early age of SB.... kitorg kena lah ber'camping. dulu..... hmm seronok juga masa itu.... sejuk dan nyaman..


bangsal yang diconstruct sendiri oleh geng camping SB.... chief de mission.... uncle amin.... engineer bangsal....


ini khemah den......

Rabu, 30 Jun 2004

Anugerah...... APC2003/04


Tahun ini merupakan tahun yang bertuah bagi kami berdua.... dapat Anugerah Khidmat Cemerlang... alhamdulillah...rezeki tuhan.... setelah berkhidmat dengan cemerlang pada tahun 2003... maka tahun 2004 dapat la pengiktirafan ini.... mungkin ada yang berpendapat sepatutnya tidak dapat pada usia yang muda.... al maklumla baru berkhidmat 4 tahun dah dapat anugerah...orang yg dah nak pencen ada yang belum dapat.... hmmm nak buat camner... ini semua rezeki dan hasil usaha kerajinan kita bekerja juga.... lagi pun ada org yang sudi iktirafkan kita .... terima je lah...


tapi yang paling penting bagi kita yang bekerja ini adalah keikhlasan kita bekerja itu sendiri... bukannya nak pengiktirafan sahaja.... tapi kerja sepanjang masa..... jujur dan yakin..... jangan sekali nak membodek dan nak merosakkan periuk nasi orang lain..... insyaallah rezeki itu allah s.w.t akan berikan kepada kita.....