First time ke Langkawi... kononnya Honey Moon ..... selepas si Putri berumur 4 tahun baru la kitorang ada rezeki nak ber'honey moon' wakakaka... lokasi yang dipilih adalah Pulau Lagenda Langkawi.
14 September 2004
Perjalanan dimulakan pada awal pagi supaya sempat sampai di sana waktu tengah hari. perjalanan dari KL ke Kuala Kedah agak lancar... maklumlah bukan cuti umum atau hujung minggu. cuma kereta kitorang kena saman 'speed trap' di kawasan Tapah... cheh... potong betul la...
sampai di Kuala Kedah agak dah petang. Parking kereta di dewan jab. perikanan. tempat letak kereta itu selesa dan selamat. maklumla parking dalam dewan... tertutup dan ber'security'.
kemudian kami naik feri dari Jeti Kuala Muda ke Jeti Kuah, pulau Langkawi.

