Isnin, 27 Oktober 2008

OpenHouse @ Fasa 8 BBBangi





Pada 27hb Oktober 2008, telah diadakan satu majlis 'openhouse' semperna Aidilfitri 2008 telah diadakan di rumah kami di F8, Bandar baru Bangi bermula jam 1.00pm.



Majlis dihadiri dari sanak saudara serta sahabat handai dan jiran2 tetangga.
Menu yang disediakan oleh tuan rumah adalah
1. Nasi Ayam
2. Soto Nasi

Ahad, 19 Oktober 2008

Walimatul Urus.... SHEDA & IKMAL





Pada 18 Oktober 2008, telah berlansungnya Majlis Akad Nikah di antara dua insan yang bernama Sheda dengan pasangannya Ekmal.
Majlis telah berlangsung di Lot 11670 lorong Hajah Jennah, Kg. Delek Baru, Klang Selangor.
Majlis Akad Nikah berlangsung sebelah petang itu.
Manakala sebelah malamnya, mengikut tradisi org Melaka(belah ibu), berlangsungnya majlis malam berinai kecil.



Pada 19 Oktober 2008, berlangsung pula Majlis Persandingan yang juga diadakan di tempat yang sama di Klang. Ramai tetamu jemputan yang hadir walaupun sebelah tengahhari/ petangnya hujan turun agak lebat.


Warih wanita SB sempat berposing dengan pengantin....


Gambar warih2 SB sedang menjamu selera nasik minyak.

Isnin, 13 Oktober 2008

singgah makan malam


lepas balik dari Klang, singgah la makan malam di San fransisco di fasa 8 Bandar baru bangi...
maklum la,,,, dah malam... mem pun malas nak masak... so pekena la menu kat situ...
menu yang di oder... beef steak, hawaiian pizza, speggheti dan brownise..... air.. ice blended choc dan ice lemond tea.... herge?... sendiri mau ingat la...hehehehe

Sabtu, 11 Oktober 2008

Line Clear......

Hmmm... nampak nye blog ni dah ok kot.... dah tak kena lock lagi.... leh continue lagi...
apa2 hal thank you kpd blogger webmaster kerana sudi me riviewkan semula blog eden nih....

tankiu..tankiu.....

Khamis, 9 Oktober 2008

Dah kena lock??


Aikk... apsal blog aku ni kena lock???... apa pasai??? blog skima ini macam pun boleh kena block jugak ke?.... weiii apa ni?... kamon la......

Rabu, 8 Oktober 2008

SALAM AIDILFITRI

hmmm... hari ni hari ke-7 didalam bulan Syawal.... setelah penat beraya di rumah ibu bapa, adik beradik, saudara mara.... baru la hari ini mula bekerja semula.... argghh... letih juga rasanya. dicampur pula kesihatan pun tidak berapa mengizinkan. demam dan selsema. aduh.... tapi tidak mengapa... janji dah beraya.

tak sempat pula nak uploadkan gambar kemeriahan hari raya... walaupun tak banyak gambar yg sempat diambil.. tapi sekurang-kurangnya ada jugala beberapa gambar yg dapat diambil.

kepada semua yang melayari blog ini... saya ingin ucapkan 'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI'

ok..sekian dulu... tunggu coretan berikutnya....

Khamis, 2 Oktober 2008

Suasana Hari Raya Di Kampung


Gambar dua orang cucu atok meor yang dua2nya bernama meor juga... sedang beraya sakan di rumah opah sedara...aka makngah izan di kg behrang tg malim, perak....


tengah sibuk mengejar ayam dan itik untuk dijadikan lauk hari raya....hahahaha.... nak buat camne... kat bandor takde ayam dan itik untuk dikejarkan....