Ahad, 28 Disember 2008

CUTI-CUTI MALAYSIA- 22 hingga 23 Disember 2008: Pulau Pinang


Bangunan Komtar di Pulau Pinang Tugu Helang di Pulau Langkawi

Memandangkan cuti semester dan cuti persekolahan yg agak panjang ini. Kami sekeluarga telah membuat perancangan percutian ala-ala CUTI-CUTI MALAYSIA 2008. Destinasi yang telah menjadi pilihan kali ini ialah Pulau Pinang dan Pulau Langkawi. Percutian kami sekeluarga ini telah bermula pada 20 Disember 2008 sehingga 27 Disember 2008 yang lalu.

20 Disember 08
bersiap-siap untuk memulakan perjalanan percutian yang panjang ini. Perjalanan dimulakan pada sebelah tengahari. Destinasi pertama adalah Sg. Batu, behrang, Tg Malim Perak. Sebelum sampai di destinasi pertama ini, kami singgah di pekan Tg Malim utk membeli barang
persekolahan anak-anak. Harga di sini agak murah jika dibandingkan dengan harga di Bandar KL. Sesampai di rumah SB, hujan turun, omak dan apak kato kami ni bawak ujan dr KL kut..hehehe.

21 Disember 08
seharian berehat di SB... anak2 pun seronok dapat berlari2 di Kg. Maklumla duduk di bandar terperap dalam rumah aje... sebelah malam mengajar apak camner nak ber'blog' la pulak...hehehehe..



22 Disember 08
Bersiap2 utk meneruskan perjalanan ke destinasi ke dua iaitu Pulau Pinang. Kebetulan 'Mem' JKR ada lawatan Tapak di P.Pinang tu so kitorg pun ambil kesempatan utk bercuti disana la.
Perjalanan yg dijadualkan pada kul 8 pagi terpaksa delay ke 9 pagi...maklum la lambat nak bersiap. Perjalanan pagi itu agak baik dengan cuaca pun baik. menyusuri Pekan Slim River sebelum turun ke Highway Plus.


Singgah di McD Juru sambil menikmati sarapan cum lunch. lagipun nak tunggu geng ofis JKR Putrajaya yang baru nak tiba. berlaku peristiwa yg mencemaskan dimana Arif telah jatuh tersungkur di McD hinggakan dahinya berdarah meleleh dengan banyaknya. keadaan agak kelam-kabut di sana. mujurlah dapat di selamatkan dgn bantuan staff McD Juru. Maka bertampallah dahi si Arif dengan plaster. terima kasih staff McD juru yg memberikan bantuan dan aiskrim sundee free kepada si arif.


Perjalanan di teruskan ke Pulau Pinang setelah geng JKR Putrajaya telah sampai. Jambatan Pulau Pinang agak sibuk pd tengah hari itu. kami sampai di tempat penginapan di Hotel Cititel Penang dalam pukul 2 ptg. Setelah selesai check-in, 'mem' JKR pun join Team JKR Putrajaya untuk pergi ke Lawatan Tapak di sana.


Kami yg tinggal ini berehatkan badan di bilik hotel.
sebelah malamnya kami bersiar2 di jalan persekitaran berhampiran dengan Hotel kami.

23 Disember 2008


Masih lagi di Penang. Sebelah paginya kami menghala ke Batu feringhi, Teluk Bahang. singgah di Hutan Rimba Teluk Bahang.

Kemudian berhenti singgah di tepi pantai. berehat di tepi pantai sambil melihat keletah anak-anak bermain ombak. riuh dibuatnya.
Kemudian diteruskan perjalanan. kami singgah ke 'Toys Museum" di Tanjung Bungah. Dapat kami melihat koleksi permainan dan patung kanak-kanak yang pelbagai jenis dan kerektor.
Seterusnya kami kembali semula ke Goergetown untuk singgah membeli jeruk. Kat Penang ni tak sah pergi kalau tak beli jeruk. sebelah malamnya kami hanya berehat di bilik Hotel setelah seharian penat melancong.

Ahad, 23 November 2008

Design07_Urban Masterpaln- Portfolio Review

Pada 23 November 2008 yang lalu, sekali lagi telah berlangsung Design Portfolio Review bagi Design 07 iaitu Urban masterplan. Task kitorg semester ini adalah untuk membuat satu masterplan baru bagi Redevelopment of UTM City Campus untuk menjadi sebuah kampus yang standard international.


thanks alot kepada ahli kumpulan ini... kubreks... ketua.. Aku... Nur fatehah, siti salwanie dan juga ayin@ azreen... yang sama2 telah mensumbangkan idea utk grop masterplan ini.... konsep masterplan grop kami ialah " URBAN PARK UNIVERSITY"....

Sabtu, 22 November 2008

Jalan-jalan Ujung minggu...


bersama abang Zoei di dutchlady punya program di midvalley.... arif sedang menunjuk skill melukis..




Ahad, 16 November 2008

Sheeda's Wedding- D'RuMAh pENgantiN lElaKI

Pada hari ini 16 November 2008 hari Ahad telah berlangsung pula majlis persandingan Sheeda & Ekmal di sebelah rumah pengantin lelaki iaitu di Sijangkang, Klang, Selangor. Majlis berlangsung pada sebelah belah tengahari.


Kedua-dua mempelai telah dibawa khas dari Kg. Delek, Klang ke Sijangkang dengan sebuah kereta limosin khas.



Rombongan telah tiba di rumah pengantin lelaki lebih kurang jam 1 ptg. Kami disambut dengan iringan pasukan kompang kampung tersebut. kemudian pengantin telah dipersembahkan dengan pertunjukan silat. Seterusnya majlis di sempurnakan dengan majlis makan beradap dan seterusnya diakhiri dengan upacara pemotongan kek oleh kedua pengantin.


Selasa, 4 November 2008

My New Gadjets....

04 november 2008 jam 12.30 dan 3.00pm yang lalu... dapat ler sambar 2 lagi gadjet yang baru... untuk kegunaan kami sekeluarga.... banyak kegunaanya tu.... dari projek assy SPACE hingga le ke projek freelance.... berguna tu.... dapat gaklah topup sikit income tu....hehehehe... herge jgn tanya la.... bayar pun bulan2@ installment...hehehee....


Compaq AMD 2gb, 256mb ati radeon graphics ++ 450d EOS Canon DSLR


bagitau kat org......... dan teknik yg berjaya dicuba....hehehehe...