Bangunan Komtar di Pulau Pinang Tugu Helang di Pulau Langkawi
Memandangkan cuti semester dan cuti persekolahan yg agak panjang ini. Kami sekeluarga telah membuat perancangan percutian ala-ala CUTI-CUTI MALAYSIA 2008. Destinasi yang telah menjadi pilihan kali ini ialah Pulau Pinang dan Pulau Langkawi. Percutian kami sekeluarga ini telah bermula pada 20 Disember 2008 sehingga 27 Disember 2008 yang lalu.
20 Disember 08
bersiap-siap untuk memulakan perjalanan percutian yang panjang ini. Perjalanan dimulakan pada sebelah tengahari. Destinasi pertama adalah Sg. Batu, behrang, Tg Malim Perak. Sebelum sampai di destinasi pertama ini, kami singgah di pekan Tg Malim utk membeli barang
persekolahan anak-anak. Harga di sini agak murah jika dibandingkan dengan harga di Bandar KL. Sesampai di rumah SB, hujan turun, omak dan apak kato kami ni bawak ujan dr KL kut..hehehe.
21 Disember 08
seharian berehat di SB... anak2 pun seronok dapat berlari2 di Kg. Maklumla duduk di bandar terperap dalam rumah aje... sebelah malam mengajar apak camner nak ber'blog' la pulak...hehehehe..
22 Disember 08
Bersiap2 utk meneruskan perjalanan ke destinasi ke dua iaitu Pulau Pinang. Kebetulan 'Mem' JKR ada lawatan Tapak di P.Pinang tu so kitorg pun ambil kesempatan utk bercuti disana la.
Perjalanan yg dijadualkan pada kul 8 pagi terpaksa delay ke 9 pagi...maklum la lambat nak bersiap. Perjalanan pagi itu agak baik dengan cuaca pun baik. menyusuri Pekan Slim River sebelum turun ke Highway Plus.
Singgah di McD Juru sambil menikmati sarapan cum lunch. lagipun nak tunggu geng ofis JKR Putrajaya yang baru nak tiba. berlaku peristiwa yg mencemaskan dimana Arif telah jatuh tersungkur di McD hinggakan dahinya berdarah meleleh dengan banyaknya. keadaan agak kelam-kabut di sana. mujurlah dapat di selamatkan dgn bantuan staff McD Juru. Maka bertampallah dahi si Arif dengan plaster. terima kasih staff McD juru yg memberikan bantuan dan aiskrim sundee free kepada si arif.
Perjalanan di teruskan ke Pulau Pinang setelah geng JKR Putrajaya telah sampai. Jambatan Pulau Pinang agak sibuk pd tengah hari itu. kami sampai di tempat penginapan di Hotel Cititel Penang dalam pukul 2 ptg. Setelah selesai check-in, 'mem' JKR pun join Team JKR Putrajaya untuk pergi ke Lawatan Tapak di sana.
Kami yg tinggal ini berehatkan badan di bilik hotel.
sebelah malamnya kami bersiar2 di jalan persekitaran berhampiran dengan Hotel kami.
23 Disember 2008
Masih lagi di Penang. Sebelah paginya kami menghala ke Batu feringhi, Teluk Bahang. singgah di Hutan Rimba Teluk Bahang.
Kemudian berhenti singgah di tepi pantai. berehat di tepi pantai sambil melihat keletah anak-anak bermain ombak. riuh dibuatnya.
Kemudian diteruskan perjalanan. kami singgah ke 'Toys Museum" di Tanjung Bungah. Dapat kami melihat koleksi permainan dan patung kanak-kanak yang pelbagai jenis dan kerektor.
Seterusnya kami kembali semula ke Goergetown untuk singgah membeli jeruk. Kat Penang ni tak sah pergi kalau tak beli jeruk. sebelah malamnya kami hanya berehat di bilik Hotel setelah seharian penat melancong.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan